Saya pernah tengok pesakit yang anaknya ramai. Ada lelaki, ada perempuan. Tapi setiap kali nak datang rawatan di hospital, dia terpaksa minta dihantar oleh kawan dan jiran.
Tapi, saya juga pernah tengok orang yang langsung tak ada anak. Tak berkahwin sampai lanjut usia. Tinggal sendiri. Tapi setiap kali datang, sentiasa ada anak saudara bergilir-gilir teman dia dari mula sampai habis sesi.
Sebab itu, saya faham...
Saya pernah tengok sepasang warga emas datang berteman bibik. Anak-anak semua berjaya. Semua di oversea. Belikan satu kereta Alphard khas supaya kerusi roda mak dan ayah boleh muat di dalamnya. Tak sempat berpanas hujan, driver dah siap menunggu sehabis masa. Tapi mak ayah murung, taknak bekerjasama. Bibik kata dia selalu sebut, rindu nak anak-anak dia.
Tapi, saya juga pernah lihat ibu ayah dari anak yang biasa-biasa. Kerja pun bukan ada-ada. Selalu kena tolak kerusi roda mak ayah dari seberang jalan sampai berpeluh-peluh dahi. Tapi, sentiasa ada untuk teman mak ayah dari mula sampai tamat rawatan. Mak marah pun, dia diam je sengih tak cakap apa.
Sebab itu, saya faham.....
Saya pernah tengok ibu yang membebel pada anak yang patah pinggul akibat kemalangan. Ibu kata anak tu menyusahkan dia sebab nak kena ambil cuti. Susah nak ulang alik bawa ke hospital. Tak dengar cakap dia katanya. Sebab itulah jadi begitu.
Tapi, saya juga pernah lihat emak yang begitu gigih sekali mendukung anak kelainan upayanya dengan penuh senyum. Sedikit pun takda rungutan. Padahal kalau tengok, saiz anak dah sama besar pun dengan saiz badan emak.
Sebab itu, saya faham....
Saya pernah jumpa pesakit yang suka merungut. Hidupnya penuh dengan komplen. Macam tak ada benda yang baik. Walau dia nampak sihat dan aktif, tapi sentiasa komen tentang sakit dia ibu jari tangan dia yang seketul tu. Dia kata, stress dengan tangan tu.
Tapi, saya juga pernah jumpa seorang pegawai besar syarikat telekomunikasi yang diuji dengan lumpuh. Dari jadi orang besar, dia hilang semuanya sekelip mata. Tak pernah dia nak kata sedih. Dia kata itu rezeki. Yang dia doa, bukanlah supaya kaki dia sembuh semula. Dia cuma minta supaya boleh sujud semula dengan sempurna.
Sebab itu, saya faham...
Saya pernah jumpa seorang lelaki yang terpelajar. Kerja pun hebat. Gaya tak kalah. Tapi bila kehendak dia tak diikut, diamuk dan diharuknya semua orang macam orang lain ni takda perasaan. Adab dengan level otak dia macam tak syncronized.
Tapi, saya juga pernah didatangi lelaki yang sekolah tak habis pun. Badan dia besar. Ada tatu di bahu. Kalau dia jentik sekali, saya boleh koma. Tapi, cakap dia penuh hormat. Sikit tak pernah marah ke apa. Sekejap-sekejap ucap terima kasih. Sikit-sikit cakap thank you. Sopan sungguh lah nak kata.
Sebab itu, saya faham...
Kisah hidup kita berbeza, jangan pernah persoal apa yang dia dapat hari ini kerana kita tak pernah tahu apa yg pernah dia lalui. Jika kita tak mampu mendoakan & membantu mereka, janganlah pula kita bersangka buruk & menghina mereka.
We eat from a different plate. Our journey is also different. Take the positive side.🌹🌹
Banyak-banyaklah bersyukur.
If not, we never had enough.
Hidup adalah sesi pembelajaran.
Duduk.
Tengok.
Belajar.
Fahamkan.
Faham, kan?
Hidup senang, hati tenang, jiwa lapang💝💝
#jomshare
#MogaBermanfaat
#copypasteshare
.
.
.
Nak viralkan bisnes anda? Sekarang dibuka iklan pakej terendah hanya RM30. Iklan boleh pilih tarikh dan masa sendiri. Whatsapps admin : http://bit.ly/2FFyZuG
「gaya hidup sihat warga emas」的推薦目錄:
- 關於gaya hidup sihat warga emas 在 Pakar diari hati Facebook 的精選貼文
- 關於gaya hidup sihat warga emas 在 Alyssa Dezek Facebook 的最佳貼文
- 關於gaya hidup sihat warga emas 在 Khairy Jamaluddin Facebook 的精選貼文
- 關於gaya hidup sihat warga emas 在 Warga emas amal gaya hidup sihat - Berita Harian Singapura 的評價
- 關於gaya hidup sihat warga emas 在 [WEBINAR] Usia Bukan Halangan Gaya Hidup Sihat - YouTube 的評價
gaya hidup sihat warga emas 在 Alyssa Dezek Facebook 的最佳貼文
Hi korang, semua sihat ke? Pastikan korang sentiasa ikut SOP norma baharu kita sekarang ni ya. Alyssa nak nasihat korang, dalam kita nak menangani isu COVID-19 sekarang, jangan lupa kita juga harus sama-sama mencegah satu lagi penyakit merbahaya iaitu influenza atau flu. Di Malaysia ni, musim flu berlaku sepanjang tahun. Kanak-kanak & warga emas lebih cenderung untuk menghidapi influencer kerana sistem imun lebih lemah. Jadi cara terbaik untuk mencegah adalah untuk mendapatkan vaksin flu dan amalkan gaya hidup yang sihat. Jom berikrar untuk meyokong kempen “Cegah Flu, Norma Baharu. Jom Ikrar!”. Check out www.actoflove.ifl.my untuk tunjuk support korang!
#flupreventionisanactoflove
#preventfluwithlove
#makingflupreventionmynewnormal
#pledgeforfluprevention
#redtuesdayforfluprevention
gaya hidup sihat warga emas 在 Khairy Jamaluddin Facebook 的精選貼文
10 mac - Pagi tadi bersama warga Johor bagi merasmikan program Fit Malaysia peringkat Johor di Dataran Tanjung Emas, Muar.
Seramai 15,000 peserta telah memeriahkan acara larian, berbasikal serta pelbagai aktiviti padang, sambutan menggalakkan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan.
Acara seumpama ini juga sedikit sebanyak membantu kita melahirkan lebih ramai atlet pada masa depan, selain memastikan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat.
gaya hidup sihat warga emas 在 [WEBINAR] Usia Bukan Halangan Gaya Hidup Sihat - YouTube 的推薦與評價
Proses penuaan tidak dapat dielakkan tetapi terdapat pelbagai langkah untuk menjamin kesihatan yang baik walaupun di usia emas. ... <看更多>
gaya hidup sihat warga emas 在 Warga emas amal gaya hidup sihat - Berita Harian Singapura 的推薦與評價
SERAMAI 357 suspek berusia 16 hingga 75 tahun sedang disiasat kerana didakwa terlibat dalam penipuan dan operasi keldai wang yang menyebabkan kerugian lebih ... ... <看更多>